Saham Farhash dalam HeiTech Padu akan semak – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menyemak dengan Jabatan Perbendaharaan Negara berhubung pembelian saham sebuah syarikat disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion oleh bekas setiausaha politiknya.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan selepas meneliti laporan itu.

“Saya akan semak butiran dengan perbendaharaan dan keluarkan kenyataan,” katanya selepas majlis berbuka puasa di Masjid Ashabus Solihin di Kajang.



Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemilikan saham oleh bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam HeiTech Padu Bhd yang dianggarkan bernilai RM40 juta.

Syarikat itu sebelum ini dilaporkan disenarai pendek memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM1 billion.

Pada 21 Mac lalu, bekas pemimpin Umno Isham Jalil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa ahli perniagaan itu disiasat berhubung pemilikan saham tersebut.

Isham berkata, wujud kebimbangan pelanggaran undang-undang dalam pembelian saham HeiTech Padu Bhd dianggarkan bernilai RM40 juta memandangkan Farhash sebagai individu berprofil tinggi.



Pada 20 Mac, Farhash menerusi surat tuntutan (LOD) memberikan tempoh tujuh hari kepada Isham untuk menarik balik kenyataan dibuatnya di media sosial berkaitan laporan bahawa beliau pemegang saham utama sebuah kontraktor kerajaan.

Farhash turut menuntut Isham memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan itu yang disifatkannya sebagai fitnah.

Isham bagaimanapun enggan menarik balik kenyataannya dan meminta Farhash mendedahkan dana pembelian saham.

Pada 14 Mac, Farhash muncul sebagai pemegang saham utama syarikat itu selepas memperoleh kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) dalam penyedia perkhidmatan teknologi tersebut.



Beliau kemudian menjelaskan saham dipegangnya dalam HeiTech Padu adalah melalui Rosetta Partners Sdn Bhd, yang dimiliki bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Farhash juga menolak kebimbangan berlaku amalan “kroni”, selain mempertahankan pegangan sahamnya di HeiTech Padu dengan berkata ia sebahagian strategi untuk membantu syarikat Bumiputera.

Menurutnya, beliau kini tidak lagi terlibat dalam politik dan pentadbiran kerajaan, serta mahu fokus kepada bidang perniagaan dan korporat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis



Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN



Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker