Juara Terbuka Switzerland sah milik Malaysia

Gelaran juara dan naib juara beregu campuran di Terbuka Switzerland sah menjadi milik Malaysia selepas dua wakil negara akan membuat perhitungan di pentas final, malam ini.

Terdahulu, dua pasangan negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya mengesahkan kemaraan ke final selepas mengatasi lawan masing-masing di separuh akhir, awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlagsung St Jakobshalle di Basel itu, Soon Huat-Shevon mara ke final buat kali ketiga berturut-turut selepas menundukkan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 21-18, 21-16.



Tang Jie-Ee Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin 21-16, 21-12 sekali gus melangkah ke final buat kali pertama kejohanan bertaraf Super 300 itu.

Pertembungan malam ini menjadi peluang buat Soon Huat-Shevon untuk menebus kekecewaan dalam dua edisi terakhir yang menyaksikan mereka sekadar muncul naib juara selepas tewas di pentas final.

Tang Jie-Ee Wei pula dalam misi untuk memburu gelaran sulung mereka musim ini dengan pencapaian terbaik adalah muncul naib juara Masters Thailand, bulan lalu

Rekod pertemuan menyaksikan kedua-dua pasangan negara itu terikat 1-1 dengan aksi terakhir memihak kepada Tang Jie-Ee Wei yang menewaskan Soon Huat-Shevon di Masters Kumamoto di Jepun, tahun lalu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker