Gempur premis makanan Taman Rinting, Majlis Bandaraya Pasir Gudang ikut undang-undang

Tangkap layar suasana kecoh ketika operasi PBT di sebuah premis makanan di Taman Rinting, yang tular di media sosial.

Video kekecohan antara anggota penguat kuasa dan pemilik sebuah premis makanan di Taman Rinting, di sini, tular di media sosial sejak malam kelmarin.

Video berdurasi tiga minit 17 saat itu memaparkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sedang menyita kerusi dan meja restoran berkenaan yang diletakkan di kawasan luar restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di sebuah premis perniagaan di Taman Rinting, Masai, di sini, pada malam Khamis lalu, kira-kira jam 10.25 malam.

“Rakaman video kejadian itu tular di media sosial dan sehingga kini masih boleh diakses warganet di akaun Facebook ‘Kementerian Netizen Malaysia’ dan ‘Kau Tengok Jela’, selain akaun Tik Tok ‘Ailiff’.



“Siasatan polis mendapati operasi itu dijalankan selari peruntukan Seksyen 50(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Trend, Perniagaan dan Perindustrian 2017, yang memberi kuasa kepada anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) menyita barangan milik premis.

“Dalam operasi itu MBPG menyita 64 kerusi dan 12 meja milik pengusaha restoran itu yang diletakkan di laluan pejalan kaki dari bahagian belakang restoran sehingga menyebabkan halangan.

“Ia menyalahi Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan alat guna niaga di tempat awam sehingga berlaku halangan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Dalam video tular itu, pemilik premis dilihat meluahkan ketidakpuasan hati dengan nada menjerit.



Pemilik turut mendakwa anggota PBT bertindak melulu, selain membandingkan tindakan banyak premis makanan sama yang meletakkan kerusi dan meja mereka di luar restoran namun tidak diambil tindakan sama.

Dalam pada itu, Mohd Sohaimi berkata, siasatan dijalankan polis mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, sekali gus boleh menimbulkan salah faham masyarakat,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker