Takut hanyut godaan, Fadhli Projek High Council langsungkan penikahan

Tidak pernah terpalit dengan gosip, berita perkahwinan bintang drama Projek High Council, Fadhli Masoot cukup mengejutkan terutama di kalangan peminat yang menyanjunginya.

Sehingga ada menyangka foto tersebar hanyalah sekadar gimik semata-mata barangkali penggambaran untuk drama baharu lakonannya.

Bagaimanapun Fadhli, 28, mengesahkan dia sudah bergelar suami kepada wanita bernama Suraya pada 2 Mac lalu. Namun, tidak berniat merahsiakannya.



“Saya berpegang pada prinsip apabila sudah sah bergelar suami isteri barulah saya kongsi.

“Mungkin orang menyangka saya berahsia kerana tak menjemput media ke majlis. Bukan nak sorok, tetapi saya tak mengenali media. Biasanya, kalau ada acara hanya teman artis lain yang dikerumuni media,” katanya.

Fadhli takkan berhenti berlakon selagi masih ada rezeki. - Foto IG Fadhli Masoot
Fadhli takkan berhenti berlakon selagi masih ada rezeki. – Foto IG Fadhli Masoot

 

Mengulas adakah sudah berfikir panjang sebelum berkahwin, memandangkan nama baru nak dikenali dunia lakonan, Fadhli hanya serahkan soal rezeki kepada Allah.



“Mungkin pernikahan ini bakal membuka jalan rezeki yang lebih luas buat saya dan isteri.

“Saya sudah berbincang hati ke hati dengan isteri, saya takkan berhenti daripada berlakon selagi masih ada rezeki,” katanya.

Tambah Fadhli, dia tertarik dengan sikap isterinya yang lemah-lembut.

“Sebelum ini, saya pernah kenal dengan beberapa wanita, tapi bila dengan Suraya seperti ada satu macam perasaan yang menggerakkan saya berkahwin dengannya.



“Lagipun, saya buat keputusan berkahwin sebab tak nak tersilap langkah. Biasalah orang muda bila tengah rancak dengan perhatian, saya bimbang imam tak kuat dan hanyut godaan.

“Sekurang-kurangnya bila sudah berkahwin kita akan sedar diri,” katanya.

Fadhli dan Suraya bernikah di Masjid Al-Falah USJ 9 pada 2 Mac lalu, manakala majlis respsi diadakan pada di A Park, Puchong, keesokannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker