Balun pelajar dengan rotan kerana tidak Solat Terawih, guru disiasat dibawah Seksyen 324A Kanun Keseksaan

Pelajar kolej vokasional mendakwa dirotan guru sehingga cedera. (Gambar Facebook)

Polis menyiasat kejadian seorang pelajar lelaki sebuah kolej vokasional di Rompin yang cedera di belakang badan, punggung dan lengan kanan akibat dirotan guru, pagi kelmarin.

Mangsa berusia 18 tahun dikatakan dirotan lebih 10 kali selepas diarahkan berkumpul pada 7.45 pagi di kawasan perhimpunan bahagian bawah asrama kolej bersama beberapa pelajar lain.

Difahamkan, dia dihukum kerana tidak mengikuti solat tarawih bersama rakan.

Ketua Polis Rompin, Nor Azman Yusof, berkata mangsa bersama ibunya membuat laporan di IPD Rompin pada 5.33 petang kelmarin.



“Mangsa mendakwa dia dirotan oleh guru yang juga warden asrama.

“Terdapat kesan kecederaan di belakang badan, punggung dan lengan kanan pelajar terbabit dipercayai dirotan,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.

Nor Azman berkata, mangsa mendakwa dia dan beberapa rakan dirotan guru terbabit di hadapan pelajar lain kerana tidak menyertai solat tarawih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya.



Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian terbabit.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker