Guru bercinta dengan pelajar disiasat bawah akta kesalahan seksual

Kes guru wanita didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelajar berusia 17 tahun sedang disiasat.

Polis telah merakam percakapan guru wanita dan pelajar lelaki 17 tahun yang didakwa menjalinkan hubungan cinta.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, semua pihak yang terbabit sudah dipanggil merakam percakapan termasuk remaja dan guru berkenaan.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya kepada Berita Harian.



Sementara itu, Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seks Terhadap kanak Kanak 2017.

“Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, individu yang mendakwa sebagai saudara mangsa menggunakan media sosial meluahkan perasaannya berhubung kes itu.

Dalam luahannya di aplikasi X, dia memberitahu, ibu mereka sudah membuat laporan polis serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.



Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, mereka mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia.

Bagaimanapun, dia kemudian menurunkan hantaran itu, yang menjadi tular.

Sementara itu, ibu remaja terbabit ketika dihubungi memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah menghubungi untuk mengadakan pertemuan selepas kejadian itu tular.

“Kejadian itu berlaku sudah lama dan saya ingatkan guru terbabit sudah insaf, namun tak sangka dia masih berhubung dengan anak saya.



“Selepas kisah ini tular, pihak menteri sudah menghubungi untuk mengadakan pertemuan dan Insya-Allah saya akan maklumkan fakta sebenar apa yang berlaku,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker