Pemandu Nyaris Maut Kereta Rempuh Belakang Lori, Hanya Cedera Ringan

Pemandu Nyaris Maut Kereta Rempuh Belakang Lori, Hanya Cedera Ringan

SELAYANG: Seorang lelaki tempatan bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Templer pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 pagi.



“Setelah membuat ‘size-up‘ didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord telah merempuh bahagian belakang sebuah lori.

“Seorang mangsa lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 50-an tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan selamat.

Tambahnya, mangsa berada dalam keadaan stabil dah telah diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan.



Norazam berkata, operasi pihak bomba tamat sepenuhnya pada jam 7.09 pagi.-SH

Pemandu Nyaris Maut Kereta Rempuh Belakang Lori, Hanya Cedera Ringan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker