Resepi Ayam Pansuh Sarawak Juicy

Sebaran :

Resepi Ayam Pansuh Sarawak Juicy

Siapa pernah dengar nama masakan ayam pansuh? Atau nama masakan manuk pansuh? Lagi la tak pernah dengar kan? Manok pansoh ni masakan yang menjadi tradisi masyarakat di Sarawak terutama bagi masyarakat Iban dan Bidayuh ketika musim perayaan.

Manuk bermaksud ayam, pansuh bermaksud masakan yang dimasak di dalam buluh. (Maaf kalau salah, mungkin maksud pansuh ada definisi yang lebih tepat.)

Macam tradisi orang Melayu bila raya buat lemang, mereka buat ayam pansuh. Tapi sekarang bila musim bukan raya pun ramai juga rajin buat ayam pansuh ni.

Memang sedap menu ayam pansuh ni rasa dia macam sup ayam manis2 masin gitu dicampur dengan pucuk ubi. Boleh dimakan macam tu saja atau dengan nasi. Orang Melayu di Sarawak pun ramai yang pandai buat.

Resipi Ayam Pansuh (Manuk Pansuh) a traditional Iban meal.

Bahan-bahan:

Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam yang telah siap dipotong
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah dan
3 biji bawang putih
2-3 kuntum bunga kantan
3 cm halia
3 batang serai
2-3 biji cili besar (tak wajib)
Garam dan serbuk perasa (Ikut rasa masing²)
Secekak pucuk ubi diramas.

Cara-cara untuk memasak:

1. Sediakan bara api seperti kita membakar lemang.

2. Bersihkan buluh terlebih dahulu.

3. Bawang putih dan bawang merah perlu ditumbuk sehingga lumat. Bahan² yg lain hanya perlu dipotong ikut cita rasa sendiri.

4. Pastikan ayam telah dibersihkan.

5. Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, serai, halia, bawang merah, garam, serbuk perasa dan bunga kantan dalam satu masa.

6. Gaulkan dengan garamnya / perasa secukup rasa sehingga sebati.

7. Kemudian masukkan ayam yang telah digaul tadi ke dalam buluh.

8. Jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. Kemudian, tutup muncung buluh dengan pucuk ubi.

9. Seterusnya, bakarlah buluh tersebut di atas bara api lebih kurang setengah jam.

10. Apabila asap didihan keluar dari penutup buluh maka pansuh telah pun masak.

11. Jangan buang daun ubi tu, boleh dimakan dan sangat sedap tu.

12. Keluarkan ayam pansuh tersebut daripada buluh kemudian hidangkan.

13. Kalau tiada buluh, boleh je guna periuk. Cuma aroma dan keasliannya tak seperti rasa kalau dimasak dalam buluh.

Resepi Ayam Pansuh Sarawak Juicy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul


Sebaran :

Leave a Reply