Wanita selamat bersalin dalam kereta, dibantu pegawai bomba

Wanita selamat bersalin dalam kereta, dibantu pegawai bomba. Seorang wanita melalui detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi dalam kereta dibantu pegawai bomba di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di Shah Alam, Selangor, semalam.

Kejadian kira-kira jam 7 malam itu dipercayai berlaku ketika dia dan suami bergegas ke Hospital Shah Alam dari rumah mereka yang terletak di Puncak Alam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata mereka bagaimanapun tidak sempat tiba di hospital lalu cuba mendapatkan bantuan bomba di BBP Kota Anggerik itu.

“Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Shah Alam dari rumah di Puncak Alam.



“Namun, pasangan itu tidak sempat tiba di hospital apabila wanita berusia 29 tahun berkenaan merasa sakit dan air ketubannya juga pecah.

“Mereka cuba mendapatkan bantuan dengan memasuki perkarangan BBP Kota Anggerik,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Norazam berkata, wanita itu kemudiannya selamat melahirkan bayi perempuan yang dibantu pegawai bomba, Norsyuhadah Ahmad.

Bayi kemudiannya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.



Tindakan anggota bomba itu turut mendapat pujian orang ramai selepas kejadian terbabit dikongsi menerusi laman Facebook Bomba Channel.

Wanita selamat bersalin dalam kereta, dibantu pegawai bomba

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker