Najib rayu doktor kontrak tidak mogok

Najib rayu doktor kontrak tidak mogok. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu kepada semua doktor berstatus kontrak supaya tidak melakukan mogok ketika kapasiti sistem kesihatan negara berada dalam keadaan kritikal pada masa pandemik ini.

Menurut beliau, tindakan mogok akan memberi kesan kepada pesakit yang sedang bertarung nyawa di hospital.

“Jangan mogok dan hukum pesakit tidak berdosa. Saya dan ahli keluarga pesakit secara ikhlas rayu pada kamu,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Sabtu.



Pada Sabtu, seramai 4,000 hingga 5,000 doktor kontrak seluruh negara dijangka menyertai protes yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ini, kata wakil Kumpulan Gerakan Hartal Doktor Kontrak, Dr Umar Baraka.

Dr Umar berkata, protes tersebut akan diteruskan memandangkan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung lanjutan khidmat kontrak kumpulan itu tidak memenuhi tuntutan yang dibuat mereka.

Sehubungan itu Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyarankan doktor kontrak mengambil dahulu tawaran sambungan kontrak dua tahun yang ditawar kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya lagi, ada pihak yang menyindir bahawa isu doktor kontrak bermula ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negara.



“Tapi jika keputusan itu tak betul, kenapa pula kerajaan PH dan kerajaan PN tak perbetulkan?

“Doktor-doktor kontrak sudah buktikan ketabahan, kesabaran, pengorbanan dan kebolehan mereka sambil menghadapi risiko yang tinggi pada pandemik ini.

“Pada masa depan, kerajaan BN akan perbetulkan dan akan mengembalikan keadilan pada kamu,” ujarnya.

Najib rayu doktor kontrak tidak mogok


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


35 individu termasuk Ahmad Zahid, Annuar Musa, Nik Abduh positif Covid-19

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker