35 individu termasuk Ahmad Zahid, Annuar Musa, Nik Abduh positif Covid-19

35 individu termasuk Ahmad Zahid, Annuar Musa, Nik Abduh positif Covid-19.  Sejumlah 35 individu dalam kalangan ahli Parlimen serta pegawai mereka disahkan positif Covid-19.

Perkembangan ini suatu yang mengejutkan menjelang sehari pembukaan sidang khas Parlimen, Isnin ini.

Antara ahli Parlimen yang dijangkiti virus itu ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Bachok).



Pada masa sama, sumber memberitahu Utusan Malaysia, terdapat ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

“Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif,” kata sumber ketika dihubungi.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

35 individu termasuk Ahmad Zahid, Annuar Musa, Nik Abduh positif Covid-19



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sebarkan ‘fitnah, warga emas cedera ‘Makan’ penampar penghulu



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker