Najib soal, kes Covid-19 sudah tertinggi di dunia, apa lagi nak dikata?

 

Najib soal, kes Covid-19 sudah tertinggi di dunia, apa lagi nak dikata?. Bekas perdana menteri, Najib Razak berkata negara ini berada pada kedudukan paling tinggi di dunia bagi kes baharu dan kematian Covid-19 berbanding saiz penduduk.

Katanya, sekiranya tidak mengambil kira saiz penduduk, Malaysia tetap berada pada kedudukan ‘Top 10’ di dunia.



Najib berkata demikian ketika mempersoalkan kebenaran disebalik petikan ucapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam dalam wawancara khas bersama media, dengan menyifatkan pengawalan pandemik negara ini sebagai “kelam kabut dan parah”.

“Tapi apa kebenarannya?

“Kebenarannya ialah kadar kes Covid Malaysia adalah lebih 10 kali ganda lebih tinggi berbanding purata dunia dan Asia.

“Kebenarannya ialah kerajaan PN (Perikatan Nasional) buat ‘lockdown’ separuh masak berulang kali sehingga Malaysia menjadi satu-satunya negara di mana makin lama kita ‘lockdown’, makin tinggi kes Covid,” katanya di Facebooknya.



Beliau berkata sistem kesihatan sedia ada tidak mungkin mampu bertahan.

“Apa lagi nak dikata? Pemimpin negara lain mengaku gagal, memohon maaf dan meletak jawatan bila mereka gagal mengawal Covid dan ekonomi.

“Tapi pemimpin negara kita menipu rakyat dan menyalahkan sistem kesihatan pula apabila gagal,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata semua pihak termasuk kerajaan, rakyat, badan bukan kerajaan dan lain-lain pihak mesti bekerjasama serta memberi sokongan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi peralihan keluar daripada krisis kesihatan melanda negara sejak Mac tahun lepas.



“Sememangnya kita telah menderita bertahun-tahun, kurang pelaburan di dalam sistem kesihatan awam yang kerajaan ini cuba perbetulkan sekarang. Saya tidak menyalahkan pentadbiran sebelum ini, tapi hakikatnya kita tidak memberikan perhatian lebih mendalam kepada isu penjagaan kesihatan kita dan kemudahan hospital.

“Cantik hospital tetapi tak cukup katil, tak cukup alat-alat ICU, tak cukup ventilator, tak cukup oksigen. Semua tak cukup sebab tidak pernah berlaku dalam sejarah kita. Ini realiti, kita tidak boleh nafikan,” katanya.

Najib soal, kes Covid-19 sudah tertinggi di dunia, apa lagi nak dikata?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Suami, isteri meninggal dunia selang dua hari angkara Covid-19

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker