Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir

Sebaran :

Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir

Pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia (CGM) hanya mengambil 3% daripada dana sumbangan sebagai kos pengurusannya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

“Tiga peratus yang digunakan itu pun untuk (bayar) 13 kakitangan CGM, takkanlah mereka nak bekerja secara percuma?

“Kami tidak ambil gaji sampai berpuluh ribu, cukup-cukup sahaja untuk hidup sederhana,” katanya dipetik Berita Harian dalam sesi Townhall CGM dalam talian hari ini.

Mengenai sumbangan orang ramai sebanyak RM20 juta, Nadir berkata, dana itu dikendalikan CGM bersama NGO lain di bawah MyAqsa Defenders (MAD), oleh itu tidak mudah untuk melakukan penipuan kerana ada NGO lain bersama menguruskan sumbangan itu bagi penduduk Gaza.

“Tuduhan RM20 juta (masuk terus ke akaun) adalah sangat salah. Saya tidak salahkan sesiapa, ia disebabkan kejahilan mengenai perkara ini.”

Beliau berkata demikian susulan kenyataan pendakwah terkenal, Ebit Lew pada Khamis lalu yang meminta penjelasan berhubung sumbangan orang ramai RM20 juta kepada Palestin itu.

Dalam pada itu, Nadir berkata, Gaza bukannya destinasi pelancongan untuk berlaku persaingan harga daripada pelbagai syarikat, termasuk bayaran masuk lebih murah.

“Ini bumi konflik dan penuh keberkatan, sangat susah untuk masuk ke Gaza. Lucky Tour atau nama tidak rasminya iaitu ‘Hala’ seperti dikenali orang tempatan adalah sebuah syarikat perniagaan. Mereka sediakan alternatif untuk penduduk Gaza masuk dan keluar dengan cara mudah, ada duit boleh bayar.

“Itu beza Hala dengan Mile of Smiles, jika ada yang nak bayar ASD2,500 untuk manfaat perniagaan syarikat itu, silakan tetapi bagi NGO yang lama berkhidmat untuk Gaza, benda ini bukan sesuatu yang pelik.”

Beliau berkata demikian susulan bayaran ASD10,000 (kira-kira RM42,000) dikenakan NGO, Mile of Smiles berbanding Lucky Tour yang mengenakan bayaran ASD2,500 atau kira-kira RM10,000, yang digunakan Ebit untuk memasuki Gaza.

Ebit sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak mengenali syarikat Hala dan “Allah membuka jalan dengan saya mendapat kelulusan dari Kedutaan Malaysia dan ada satu syarikat, iaitu Lucky Tour yang nak bantu dengan bayaran ASD2,500 atau kira-kira RM10,000 saja”.

Nadir mendakwa bayaran ASD10,000 yang dikenakan Mile of Smiles kepada setiap individu mahu memasuki Gaza, disalurkan terus kepada penduduknya.

“Apabila bayar kepada Mile of Smiles, ia bukan sekadar untuk tujuan pengangkutan atau memudahkan perjalanan, tetapi untuk menunjukkan komitmen kita dalam membantu bumi Gaza. Wang itu bukan untuk Mile of Smiles, tetapi digunakan untuk penduduk Palestin, khususnya bagi tujuan perubatan.

“Ada NGO yang boleh buktikan komitmen membantu bumi Gaza, misalnya mereka berjanji menyumbang 10 ambulans, mereka tidak perlu bayar pun (ASD10,000) kepada Mile of Smiles. FMT

Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri


Sebaran :

One thought on “Kami hanya ambil 3% sumbangan bayar kakitangan – Nadir

  • Lain kali jangan ada perasaan hasad dengki pada sesama muslim. Lihat sekarang, isu yang remeh sudah menjadi viral. Malulah kepada penganut agama lain. Nak buat kerja kebajukan pun boleh berkelahi.

    Reply

Leave a Reply