Penjawat awam antara diberkas terlibat pecah kedai serbaneka

Sebaran :

Penjawat awam antara diberkas terlibat pecah kedai serbaneka

SUBANG JAYA – Seorang penjawat awam antara dua individu diberkas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan kecurian di sebuah kedai serbaneka di Puchong Utama pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.53 pagi daripada pekerja di kedai serbaneka tersebut.

“Siasatan awal dijalankan mendapati kunci ‘shutter’ hadapan kedai telah diumpil dan penjenayah telah membongkar kaunter serta mengambil wang tunai sebanyak lebih kurang RM4,700 dari peti besi.

“Selain itu, pelbagai jenama rokok yang terdapat di kaunter turut didapati hilang, anggaran kerugian lebih kurang RM17,430,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, bertindak atas maklumat diterima, dua suspek telah berjaya diberkas di sekitar Subang Jaya.

“Kedua-dua suspek yang ditahan berumur 29 tahun dan 37 tahun yang mana salah seorang suspek merupakan penjawat awam.

“Seorang lagi suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau dan dua kes masih berstatus orang dikehendaki,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. Sinar

Penjawat awam antara diberkas terlibat pecah kedai serbaneka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syed Saddiq mewah masa jadi menteri


Sebaran :

Leave a Reply