Syed Saddiq mewah masa jadi menteri

Syed Saddiq mewah masa jadi menteri

Pendedahan Syed Saddiq masyuk dan mewah semasa jadi menteri, gamit ramai nak jadi menteri?

KALAU kita bercerita tentang cita-cita mesti ada dikalangan kita teringin nak jadi Perdana Menteri, menteri ataupun ahli Parlimen sejak kecil kan, ditambah pula ada yang mempunyai niat ataupun jiwa untuk membantu masyarakat pasti akan menguatkan lagi cita-cita berkenaan.

Difahamkan pelbagai kelebihan yang bakal dinikmati sepanjang menjadi menteri dan perkara ini turut didedahkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut mendedahkan kelebihan yang diperolehi olehnya sepanjang beliau bergelar Menteri Belia dan Sukan pada 6 Disember 2018 yang lalu selama 22 bulan.

Pendedahan Saddiq itu dibuat dalam satu siaran langsung menerusi Facebooknya semalam.

Antara kelebihan yang diterima olehnya sepanjang bergelar menteri adalah menerima gaji sebanyak RM55,000 sebulan dan ianya belum termasuk elaun lain. Jadi bermakna sepanjang 22 bulan Saddiq menjadi menteri, dia menerima jumlah gaji sebanyak RM1,210,000, tidak termasuk elaun lain.

“Bila saya berkhidmat sebagai menteri 22 bulan, gaji RM55,000 tidak termasuk elaun-elaun lain.

“Dana percutian setiap tahun ada dalam RM80,000.

“Orang tak tahu bahawa ada elaun pinggan mangkuk RM50,000.

“Lebih baik saya ambil duit ini berbelanja tempat lain,” dedah Saddiq dalam siaran langsung berkenaan.

Selain bergerak menaiki kereta Honda City milik bapanya, Saddiq turut menggunakan kereta rasmi untuk tujuan rasmi kerajaan.
Selain itu, kelebihan lain, sebagai menteri turut diberikan 2 AP kereta import yang bernilai Rm50,000 serta elaun pinggan mangkuk sebanyak Rm 55,000.

Menurut Syed Saddiq, setiap menteri juga diberikan subsisdi tanah bernilai RM 1 juta di kawasan Putrajaya semasa menjadi wakil rakyat namun tidak mengambilnya.

“Sepatutnya saya boleh dapat subsidi sebidang tanah di Putrajaya, tapi saya tak ambil.

“Saya boleh dapat dua AP (RM25,000 X 2 = RM50,000) tapi saya tak ambil.

Jadi mengikut perkiraan Waaw.my, gaji Saddiq ketika dia menjadi menteri adalah sebanyak RM74,391 sebulan dan selama 22 bulan RM1,636,602.

Selain itu, walaupun diberhentikan dari menjadi Menteri Saddiq juga telah diberikan bonus sebanyak RM 180,000, amaun yang sama juga diberikan kepada menteri lain.

Dengan pendedahan ini pastinya akan membakar semangat untuk anak muda untuk menjadi menteri bukan?

Jadi jika anda mahu menjadi menteri, kenalah bertanding sebagai ahli Parlimen dan menang terlebih dahulu.

Apa tunggu lagi, kena belajar dengan tekun bermula daripada sekarang dan baru boleh kejar cita-cita berkenaan.

Kalau berkhidmat dengan baik apa salahnya, menteri adalah duta negara dan ikon kepada masyrakat.

Dalam pada itu, Syed Saddiq kini memohon sumbangan ramai untuk membantunya membayar wang ikat jamin berjumlah RM330,000 seperti yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis.

Sumbangan tersebut juga bagi membiayai kos guaman melibatkan pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM1 juta, dana milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia dimana Saddiq didakwa mengeluarkan wang berjumlah tersebut melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

Terkini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai membayar jaminan RM80,000 daripada jumlah keseluruhan RM330,000 yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Dia juga berjaya mengutip derma melebihi RM700,000 dakam masa 24 jam bagi membayar wang jaminannya.

Kes berkenaan yang masih dibicarakan di mahkamah. Wc

Syed Saddiq mewah masa jadi menteri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker