Katil hospital di Kedah hampir penuh

Katil hospital di Kedah hampir penuh

ALOR SETAR: Katil dua hospital di negeri ini yang menempatkan wad pesakit COVID-19 mencatatkan penggunaan hampir 100 peratus.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo, berkata dua hospital berkenaan ialah Hospital Kulim dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.



Katanya, penggunaan katil di wad hospital kerajaan lain turut berada pada tahap lebih 75 peratus daripada kapasiti yang mampu ditampung ketika ini.

“Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kulim sudah mencecah 100 peratus penggunaan katil manakala wad COVID-19 juga sudah hampir mencecah 100 peratus.

“Malah, keadaan di HSAH juga lebih kurang sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kedah terus mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 hari ini, dengan 937 kes berbanding 800 kes semalam, manakala dua daerah kes aktif tertinggi dicatatkan di daerah Kuala Muda dan Kulim.



Dr Othman berkata, berikutan keadaan semasa, ada kes pesakit COVID-19 di Hospital Kulim terpaksa dirujuk ke hospital hibrid daerah lain yang masih memiliki kekosongan seperti di Hospital Sik dan Hospital Baling.

“Keadaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pula sehingga kini masih terkawal dengan persediaan banyak dilakukan untuk kawasan di utara negeri,” katanya. BH

Katil hospital di Kedah hampir penuh


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ label Syed Saddiq drama queen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker