Penjawat awam buat hal lagi, kini terbabit ‘Parti Liar’

Sebaran :

Penjawat awam buat hal lagi, kini terbabit ‘Parti Liar’. Sepuluh individu termasuk seorang penjawat awam ditahan polis dalam serbuan parti liar di sebuah unit apartmen di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, semalam.

Serbuan kira-kira 7.30 malam itu menahan semua suspek yang dipercayai pasangan kekasih berusia di antara 18 hingga 40 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, dua daripada mereka juga didapati merentas negeri tanpa kebenaran semata-mata untuk datang berhibur di apartmen terbabit.

Katanya, polis turut merampas beberapa barangan termasuk alat pembesar suara serta minuman keras yang ditemui di situ.

“Kita menahan lima lelaki dan wanita dipercayai pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun. Polis juga merampas alat pembesar suara dan minuman keras di lokasi serbuan.

“Siasatan mendapati dua daripada mereka merentas negeri dari Sungai Buloh dan Kajang, Selangor. Kita juga mengesan salah seorang suspek menyewa unit apartmen selama dua hari sejak semalam dengan bayaran RM130 sehari,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Zainal berkata hasil ujian air kencing mendapati sembilan daripada mereka dikesan positif dadah yang dipercayai diambil ketika berada di apartment terbabit.

Pada masa sama, katanya semua suspek dikenakan kompaun RM4,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Manakala dua lagi yang merentas negeri itu menerima tambahan kompaun sebanyak RM5,000 lagi atas kesalahan yang dilakukan mereka.

Menurut Zainal, tindakan kompaun dikenakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Penjawat awam buat hal lagi, kini terbabit ‘Parti Liar’

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib soal, kes Covid-19 sudah tertinggi di dunia, apa lagi nak dikata?

 


Sebaran :

Leave a Reply