Pasar Besar Seremban ditutup, 64 positif Covid-19

Pasar Besar Seremban ditutup, 64 positif Covid-19. Pasar Besar Seremban akan ditutup seminggu bermula esok selepas 64 pekerja dan peniaga pasar terbabit dikesan positif Covid-19, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Loke yang menjelaskan mereka disahkan positif selepas menjalani saringan yang dilakukan secara meluas oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban.

Menurutnya, saringan dilakukan terhadap 676 pekerja dan peniaga pasar bermula jam 2 petang hingga 7 malam.

“Saringan percuma ini dilakukan untuk mengesan kes positif di pasar yang menjadi kawasan tumpuan.

“Menerusi ujian saringan itu, seramai 64 daripadanya disahkan positif dan mereka dipakaikan gelang ‘pink’ serta diarahkan menjalani kuarantin kendiri oleh pegawai kesihatan.

“Mereka juga diminta untuk terus melakukan ujian PCR,” katanya dalam kenyataan menurut laporan Harian Metro.

Loke berkata semua yang disahkan positif itu sudah diasingkan segera dan beliau dimaklumkan pegawai PKD itu akan terus menjalankan pengesanan kontak rapat serta melakukan ujian lanjut.

Pasar Besar Seremban ditutup, 64 positif Covid-19

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib soal, kes Covid-19 sudah tertinggi di dunia, apa lagi nak dikata?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker