3 lagi Ahli Parlimen negatif Covid-19, Zahid positif kategori 1

3 lagi Ahli Parlimen negatif Covid-19, Zahid positif kategori 1. Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif Covid-19.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya.

Sumber rapat kepada Zahid yang dihubungi Bernama berkata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijangkiti Covid-19 kategori satu dan tidak bergejala.

Dalam pada itu, Annuar dan Nik Abduh masing-masing secara berasingan mengesahkan mereka negatif virus itu.

Annuar ketika dihubungi Bernama berkata : “Saya baik dan sihat,” manakala Nik Abduh juga dalam respons ringkas kepada Bernama berkata: “Alhamdulillah negatif,”.

Pegawai Komunikasi Strategik kepada Mohd Rashid, Muhammad Afiq Mohd Hanif berkata selain Ahli Parlimen Batu Pahat itu, semua pegawainya juga didapati negatif Covid-19 selepas menjalani saringan di Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata Mohd Rashid juga bukan kontak rapat kepada mana-mana individu yang dilaporkan positif virus itu.

“Semua pegawai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah negatif selepas ujian (saringan) yang dijalankan di Parlimen dan Mohd Rashid juga negatif. Beliau ada buat ujian sendiri (di klinik swasta) tadi dan keputusannya juga negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima laporan penuh daripada ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Khamis dan semalam di Dewan Rakyat.

Terdahulu media melaporkan hasil saringan itu, sekurang-kurangnya 35 individu termasuk beberapa Ahli Parlimen dikatakan positif Covid-19.

Saringan Covid-19 itu dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan pencegahan penularan wabak menjelang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula Isnin ini.

3 lagi Ahli Parlimen negatif Covid-19, Zahid positif kategori 1

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib soal, kes Covid-19 sudah tertinggi di dunia, apa lagi nak dikata?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker