Pencuri dibelasah tuan rumah selepas tersangkut di jendela ketika cuba melarikan diri

Pencuri dibelasah tuan rumah selepas tersangkut di jendela ketika cuba melarikan diri

NASIB malang buat seorang pencuri apabila dirinya kantoi dengan tuan rumah ketika cuba melarikan diri selepas memecah masuk sebuah rumah penduduk dalam satu kejadian di sebuah kampung di Medan, Indonesia.

Video pencuri itu tersangkut di jendela menjadi tular, menyaksikan tuan rumah bertempik “pencuri…pencuri…pencuri” dan kelihatan mulutnya dipenuhi darah.

Menurut laporan Pojoksatu.id, bagaimanapun pencuri itu berjaya meloloskan diri selepas tergantung pada tingkap rumah beberapa seketika.

Kejadian itu yang dirakamkan sendiri oleh mangsa dilapor berlaku pada 31 Januari lalu pada pukul 5 pagi waktu tempatan, dan difahamkan pencuri tersebut merupakan jiran mangsa bernama Andreas.

Semasa memecah masuk ke rumah mangsa, terdapat empat orang di dalam rumah yang kemudiannya menyedari kehadiran suspek.

Pencuri itu kemudian terus bertindak melarikan diri melalui tingkap yang sama ketika memecah masuk, manakala rakan penjenayah menunggu di luar.

Tuan rumah mengakui mengenali pencuri tersebut yang merupakan jiran mereka.

“Ini bukan kali pertama kami kehilangan telefon bimbit, tetapi kami tidak tahu siapa pelakunya,” kata mangsa kecurian, Primanto Gulo. Utv

Pencuri dibelasah tuan rumah selepas tersangkut di jendela ketika cuba melarikan diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap

Bila kita tekan butang, dia marah

‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker