Turki sekat kapal perang dari Selat Bosphorus, Dardanelles

ANKARA – Turki menyatakan kelmarin bahawa ia melarang kapal-kapal perang belayar di Selat Bosphorus dan Dardanelles selaras dengan konvensyen yang memberikan Ankara kawalan ke atas laluan kapal tentera di kawasan strategik tersebut.
“Kami telah memberi makluman kepada negara-negara rantau ini dan di tempat lain untuk tidak menghantar kapal perang melalui Laut Hitam.
“Kami mengaktifkan Konvensyen Montreux,” kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu.
Konvensyen Montreux 1936 menjamin pergerakan bebas kapal-kapal dagang dan awam pada masa aman untuk belayar melalui Selat Bosphorus dan Dardanelles.
Namun, ia memberi hak kepada Turki hak untuk menghalang laluan kapal perang di Selat Dardanelles dan Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam, Aegean dan Marmara pada masa perang.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan baru sahaja menjelaskan kedudukan Turki sebagai anggota NATO untuk ‘tidak meminggirkan sama ada Rusia atau Ukraine’ dan pada masa yang sama, ‘tidak menggadaikan kepentingan negara Turki.’
“Kami telah memutuskan untuk menggunakan Konvensyen Montreux bagi mencegah peningkatan krisis di Ukraine,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet.
Ukraine pada minggu lalu secara rasmi meminta Turki menutup Selat Dardanelles sekali gus akses ke Laut Hitam kepada kapal-kapal Rusia.
Turki yang merupakan anggota NATO mempunyai hubungan rapat dengan Rusia dan Ukraine, tidak segera menyahut permintaan Kiev itu.
“Rusia bertanya kepada kami sama ada kami akan menggunakan Konvensyen Montreux jika perlu. Kami memberitahu mereka kami akan menggunakannya,” kata Cavusoglu. – AFP
Turki sekat kapal perang dari Selat Bosphorus, Dardanelles
Baca Artikel Menarik:
- PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis
- Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib
- Leissner sogok suami Zeti
- Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid
- Saya tak ada kroni – Mahathir
- Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang
- M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice
- Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]
Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin
PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP