Laksana skim insurans banjir Nasional segera

Banjir menjejaskan kumpulan B40 dan M40 secara tidak seimbang, mendorong mereka ke dalam kancah kemiskinan.

Laksana skim insurans banjir Nasional segera

Seorang bekas Ahli Parlimen menggesa Putrajaya agar melaksanakan skim insurans banjir nasional sebagai jaringan keselamatan sosial bagi golongan yang rentan.

Charles Santiago daripada DAP berkata, kejadian banjir yang kini melanda Johor dan Pahang menyerlahkan keperluan agar bantuan diberikan kepada mereka yang terjejas, terutamanya memandangkan banjir menjejaskan kumpulan B40 dan M40 secara tidak seimbang, mendorong mereka ke dalam kancah kemiskinan.



“Justeru, Malaysia mesti melaksanakan skim insurans banjir nasional yang perlu disediakan di semua negeri dengan kadar bersubsidi bagi isi rumah B40,” katanya dalam kenyataan.

Jumlah mangsa banjir di Johor dicatatkan lebih 32,000 orang, dengan kesemua 10 daerah di negeri itu terjejas akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas.

Empat kematian dicatatkan di Johor setakat ini, dan satu kes di Pahang.

Menyebut “Flood Re Scheme” yang diperkenalkan di United Kingdom, Santiago berkata, inisiatif bersama oleh kerajaan UK dan industri insurans direka bentuk agar perlindungan banjir lebih tersedia, berpatutan dan mudah diakses. Ia juga menjawab kepada Parlimen.



“Amerika Syarikat dan Korea Selatan menawarkan skim insurans awam, yang diterima pakai oleh jiran Asean kita, seperti Filipina dan Thailand, yang mana premiumnya berkadar dengan risiko banjir di kawasan tertentu,” katanya.

Skim seperti ini meningkatkan kemampuan dan kebolehcapaian bagi populasi yang lebih luas, tambahnya.

Santiago menekankan bahawa kematian dan kemusnahan yang disebabkan oleh banjir menjadi amaran bahawa lebih banyak usaha mesti dilakukan untuk meringankan kesan perubahan iklim.

“Kerajaan juga mesti segera mengambil langkah untuk melindungi masyarakat yang terdedah kepada kesan buruknya,” katanya.



Jabatan Perangkaan melaporkan kerugian keseluruhan RM6.1 bilion akibat banjir yang menjejaskan beberapa negeri pada akhir Disember 2021 dan awal Januari 2022.

Tahun lepas, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menawarkan lanjutan untuk perlindungan banjir bawah polisi kenderaan bermotor dan kebakaran yang komprehensif, dengan premium tambahan dan mengikut budi bicara pengunderaitan individu. FMT

Laksana skim insurans banjir Nasional segera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker