Rihanna atasi Kylie Jenner jadi bilionair wanita termuda

 

WASHINGTON – Penyanyi pop terkemuka, Rihanna telah mengatasi mogul kecantikan, Kylie Jenner sebagai bilionair wanita termuda (hasil usaha sendiri) menerusi senarai tahunan Forbes, lapor akhbar The Sun, semalam.

Wanita berusia 34 tahun itu memperoleh gelaran tersebut setelah menduduki senarai dengan nilai kekayaan bersih $1.4billion (RM6.19 bilion).



Rihanna mendapat tempat ke-21 dalam senarai keseluruhan dan merupakan satu-satunya bilionair dalam senarai itu yang berusia bawah 40 tahun.

Sebahagian daripada kekayaan penyanyi itu didedikasikan kepada kerjayanya setelah memenangi anugerah Grammy dengan lagu hits seperti ‘Umbrella’ yang menampilkan Jay-Z dan ‘Run This Town’.

Bagaimanapun, majoriti pendapatannya turut terkumpul daripada pelbagai jenama runcitnya termasuk Fenty Beauty, Fenty Skin dan Savage X Fenty.

Sementara itu, Jenner yang berusia 24 tahun pernah menduduki senarai itu disebabkan pelbagai usaha perniagaannya dan jumlah wang pada akaun bank miliknya.



Ibu kepada dua anak itu mengasaskan syarikat alat solek, Kylie Cosmetics, memulakan Kylie Baby dan Kylie Skin serta mempunyai banyak kerjasama lain. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week



Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker