Fadillah mahu menteri pendidikan jelaskan kenapa tak iktiraf UEC

Fadillah mahu menteri pendidikan jelaskan kenapa tak iktiraf UEC

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).

Fadillah berkata, pertemuan itu bagi membolehkannya mendapatkan penjelasan berhubung alasan di sebalik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengiktiraf sijil berkenaan.

Beliau juga mahu menjelaskan pendekatan kerajaan Sarawak berhubung isu sama.

“Fadhlina menjawab di Dewan Rakyat baru-baru ini KPM tiada rancangan untuk mengiktiraf UEC sebagai sebahagian silibus kebangsaan.

“Saya akan berbincang dengan beliau, ingin mengetahui rasional di sebalik keputusan itu,” katanya menurut Berita Harian.

Fadillah berkata, kerajaan terdahulu pernah membuat keputusan mengiktiraf UEC dengan syarat pihak pengurusan sekolah persendirian Cina menerima silibus kebangsaan seperti mata pelajaran sejarah.

“Ini bermakna ada ruang untuk kita berbincang dengan pihak terbabit berhubung isu UEC ini,” katanya. FMT

Fadillah mahu menteri pendidikan jelaskan kenapa tak iktiraf UEC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker