Resepi Rendang Pedas Kerang Sedap

Sebaran :

Resepi Rendang Pedas Kerang Sedap

Bosan dengan rendang ayam dan daging untuk disajikan pada Hari Raya AidilAdha esok? Haa apa kata kali ini kita ubah kelainan dengan rendang kerang pula.

Rendang pedas kerang ini boleh dimakan bersama ketupat atau lemang. Sedap dan menyelerakan!
Satu lagi, nak masak rendang pedas kerang ni pun senang, tak makan masa lama macam rendang ayam atau daging.

BAHAN-BAHANNYA :

400 gram isi kerang
1 keping asam gelugor
1 cawan pati santan
2 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit (sehelai disiat, 2 lagi dimayang halus)
2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba’s)
1 camca besar cili kisar (boleh tambah)
2 camca besar penuh gula melaka (atau secukup rasa)
1 1/2 camca besar kerisik
4 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

7 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras, dihiris
3 batang serai, dihiris
10 biji cili padi siam (boleh kurang atau tambah)
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :

Isi kerang dicuci bersih dan toskan (sebab che mat guna isi kerang segar, kalau anda guna kerang yang telah direbus dan diambil isinya, tak perlu cuci). Bancuh rempah kari ikan sama bahan2 kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes, ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum dan bawang keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyal. Guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan pati santan, kacau dan masak hingga pekat. Tambah isi kerang, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Gaul semua hingga rata, masak sekejap.

Masukkan kerisik, gula melaka dan perasakan dengan sedikit garam. Kacau dan masak hingga rendang kering. Tambah daun kunyit yang dimayang halus, kacau dan rasa lagi, jika kurang garam, baru tambah garam secukup rasa. Masak sekejap. Boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan! Waaw

Resepi Rendang Pedas Kerang Sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi gulai daging korban memukau


Sebaran :

Leave a Reply