Mahadi dalam senarai amaran, QGB serah dokumen pada SC


Mahadi dalam senarai amaran, QGB serah dokumen pada SC

Qew Group Berhad (QGB) menyerahkan beberapa dokumen kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) susulan penyenaraian ahli perniagaan Mahadi Badrul Zaman atau Mahadi BZ dalam senarai senarai amaran pelaburan.

Ketua pegawai eksekutifnya QGB Muhammad Iqbal Mohamad berkata dokumen-dokumen–yang tidak didedahkan itu–diserahkan semalam.

Muhammad Iqbal berkata dia secara sukarela hadir bertemu pegawai SC walaupun tidak diminta berbuat demikian.



“Saya bertemu pihak SC untuk serahkan beberapa dokumen bagi membantu siasatan kerana individu terbabit pernah berkhidmat untuk syarikat saya,” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Pada 27 Feb lalu, Mahadi Badrul Zaman, yang juga suami kepada selebriti Heliza Helmi,disenarai dalam senarai amaran pelaburan SC.

Muhammad Iqbal

Dia didakwa menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen untuk berurus niaga dalam sekuriti berhubung dengan pemasaran saham syarikat awam tidak tersenarai.

Nama syarikatnya AUF MBZ Consortium PLT turut disenaraikan.



Mahadi dalam kenyataannya berkata pasukan peguamnya akan memohon penjelas SC kerana namanya disenaraikan dalam senarai amaran.

Sebelum ini, Mahadi didakwa menipu pelakon Fathia Latiff dalam pertikaian berkaitan pembelian rumah.

Mahadi memberitahu sebuah portal bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Fathia dan dia tidak mempunyai sebarang perniagaan berkaitan hartanah.

Kontrak tamat pada 2023



Sementara itu, Muhammad Iqbal berkata Mahadi mempromosikan dua instrumen pelaburan mereka, iaitu Islamic Redeemable Preference Shares (RPS-i).

Bagaimanapun katanya, kontrak tersebut tamat pada tahun lepas.

Peranannya bersama QGB hanya untuk memasarkan produk RPS-i kepada pelabur berpotensi, manakala transaksi dilakukan oleh pegawai QSB sendiri, ujar Muhammad Iqbal.

“Kami ingin menegaskan bahawa QGB tidak lagi terlibat dengan individu tersebut,” tambahnya.



Katanya lagi, dia tampil membuat penjelasan selepas bertemu pihak SC kerana tidak mahu dituduh terlibat dalam skim penipuan pelaburan.

Pihaknya juga telah mengadakan sesi penerangan kepada pelabur dan pekerja sebaik sahaja SC mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyenaraian nama Mahadi ke dalam senarai itu, kata Muhammad Iqbal.

“Kami ingin tegaskan, QGB sentiasa beroperasi mengikut lunas undang-undang dan kami mengamalkan tata kelola yang baik serta sedia beri kerjasama dengan semua pihak jika timbul sebarang dakwaan berkaitan ketidakpatuhan operasi syarikat,” katanya. mk



Mahadi dalam senarai amaran, QGB serah dokumen pada SC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker