Akmal sekolahkan Siti Kassim

Saya bukan hero tetapi agama saya dihina - Akmal

Akmal sekolahkan Siti Kassim

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh hari ini membidas peguam Siti Kassim yang menuduhnya mahu menjadi hero dalam isu kalimah Allah pada stoking, dengan berkata dia bertindak demikian kerana agamanya dihina.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka itu berkata, beliau bukan menjadi seorang hero tetapi hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.



Seorang Muslim biarpun tidak mempunyai keimanan yang tebal, pasti akan bertindak seperti yang dilakukannya apabila agama Islam dihina.

“Memang saya tidak mahu menjadi hero. Saya hanya mahu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim yang terkesan apabila agamanya dihina.

“Setiap orang yang mempunyai iman walaupun senipis kulit bawang pastinya akan terasa apabila agamanya dihina. Kalau tidak terasa, tepuk dada tanyalah iman,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Siti Kasim dilaporkan berkata Muhammad Akmal tidak mewakili masyarakat Melayu dan pendiriannya itu hanyalah berkepentingan politik yang bertujuan meraih sokongan orang Melayu Islam kepada UMNO.



“Awak bukan hero kepada orang Melayu atau Islam. Kita tunggu polis siasat, mungkin ada sabotaj atau kesilapan yang tulen,” katanya. BH

Akmal sekolahkan Siti Kassim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker