Akmal bawa suara Melayu pertahan Islam – Ab Rauf

Akmal bawa suara Melayu pertahan Islam – Ab Rauf

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan langkah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah sebagai membawa suara orang Melayu dalam mempertahankan Islam di negara ini.

Beliau berkata, Muhamad Akmal sudah pasti mempunyai asas kukuh untuk berbuat demikian dalam memastikan kesucian Islam serta maruah Melayu itu dapat dipertahankan secara keseluruhannya.



Katanya, isu stoking tertera kalimah Allah itu tidak seharusnya dipandang dari sudut politik, sebaliknya ia adalah satu isu agama.

“Soal politik tidak mengubah pendirian kita mengenai agama. Kita boleh bersama dalam politik dan boleh bersama membina sebuah negara yang baik, tapi soal agama ini amat sensitif.

“Ia harus dilihat semua pihak supaya sentuhan yang mengguris hati orang Melayu dan umat Islam ini tidak berlaku lagi.

“Semua sedia maklum bahawa kalimah Allah ini diletakkan di taraf lebih tinggi dalam kalangan umat Islam… jadi apabila ia diletakkan pada stoking yang dipakai di kaki, memang semua orang Islam bukan sahaja di Melaka, bahkan di seluruh negara akan berasa tersinggung dan terguris hati.



“Jadi, kelantangan Muhamad Akmal ini mewakili orang Melayu dan menyuarakan suara hati umat Islam memandangkan perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kita sudah bersepakat dalam konteks sosial untuk menghormati hak agama masing-masing,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan Ramadan dan berbuka puasa peringkat daerah Melaka Tengah di Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang tadi.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata kontroversi tercetus itu juga perlu diselesaikan secara pragmatik dan tidak diambil mudah mana-mana pihak bagi memastikan ia tidak berulang.

“Seharusnya perkara ini tidak berlaku di negara kita kerana kita sudah bersepakat dalam konteks sosial untuk saling menghormati yang mana kesedaran ini harus dipertingkatkan.



“(Apabila) kalimah Allah ini tidak diletakkan di tempat yang betul memang ia menyinggung hati orang Islam kerana soal agama ini amat sensitif,” katanya.

Sebelum ini, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan EXCO Melaka menggerakkan kempen memboikot pasar raya KK Mart susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Langkah itu mendapat reaksi beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, namun Muhammad Akmal dilaporkan tetap tidak berganjak dengan desakan rakan sekutu dalam kerajaan Perpaduan itu.

Ketua UMNO Bahagian Jasin itu juga dengan tegas berkata tidak memerlukan persetujuan DAP untuk mempertahankan kesucian Islam itu. BH



Akmal bawa suara Melayu pertahan Islam – Ab Rauf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker