Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Terkini, isteri kepada bekas pemain bola sepak terkenal, Safee Sali iaitu Fitria Elfina Maharip mengakui metalnya didera selama setahun oleh Safee sebelum difailkan nusyuz olehnya.

Dituduh tinggalkan anak

Menurut Fitria, pemfailkan nusyuz tersebut dikeranakan dakwaan bahawa dia telah meninggalkan anak-anaknya dan pulang ke Batam, Indonesia. Namun katanya, dia tidak berbuat demikian sebaliknya menitipkan mereka di rumah anak buahnya memandangkan kedua-dua pasport mereka dipegang oleh Safee.

Saya tidak tinggalkan anak sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua-dua pasport mereka dipegang Safee. Dia juga tidak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab mahu mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang. Saya ke Batam pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia mahu berjumpa abang saya. Benda ini (pulang ke Batam) tidak boleh diclaim nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang.

Didera mental berhari-hari

Tambahan pula, adu Fitria lagi, dirinya tidak tahan didera secara mental berhari-hari ekoran mengetahui Safee telah bernikah secara diam-diam di Siam pada 26 Januari lalu.

Yang lebih menyedihkan hati, Safee dikatakan telah melafazkan cerai terhadap Fitria hanya melalui voice note pada 11 Februari lalu dan menghalaunya dari rumah sewa mereka.

Sudah setahun saya bertahan dan didera mental berhari-hari sebelum mengetahui Safee sudah berkahwin baru secara sembunyi di Siam pada 26 Januari lalu. Sebelum dia datang (ke Batam), dia lafaz cerai melalui voice note kepada saya pada 11 Februari lalu. Sekarang ini, saya pula dihalau dari rumah sewa di Puncak Alam disebabkan dia hanya membayar sehingga bulan ini sahaja. Kalau dia buat saya begini, macam sampah selepas 11 tahun mengabdi kepadanya dengan tak boleh bekerja dan jaga anak sahaja. Apa yang awak rasa. Ketika ini, nafkah zahir juga tidak diberikan olehnya.

Terdahulu, Fitria Elfina telah mendedahkan dirinya sudah lebih sebulan tidak dapat berjumpa dengan kedua anaknya selepas diambil oleh Safee ketika dirinya tidak berada di rumah sebelum memfailkan tuntutan hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker