Stoking kalimah Allah ditemui di kilang Batu Pahat

Stoking kalimah Allah ditemui di kilang Batu Pahat

Lima pasang stoking tertera kalimah Allah ditemui polis di sebuah kilang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Batu Pahat, Ismail Dollah, berkata bagaimanapun siasatan mendapati lima pasang stoking itu adalah yang dipulangkan oleh tiga kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway.



Katanya, stoking itu ditempah dari sebuah syarikat di China dan kilang berkenaan hanya terbabit dalam pembungkusan dan pengedaran untuk pasaran tempatan, khususnya kedai serbaneka KK Mart.

Menurutnya, operasi membabitkan anggota IPK Johor dan IPD Batu Pahat itu menjalankan pemeriksaan ke atas 16 “bundle” stoking diimport dari China.

“Dalam 16 bundle (stoking) terdiri 18,800 pasang itu, polis tidak menemui stoking baharu yang tertera kalimah berkenaan setakat ini.

“Polis membuka tiga kertas siasatan berhubung isu ini antaranya Seksyen 298 A Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 506 (b) Kanun Keseksaan.



“Siasatan ini juga selari dengan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas pemeriksaan di kilang itu, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, pemeriksaan dijalankan susulan maklumat diterima menyatakan kilang itu terbabit pengedaran stoking tertera kalimah Allah.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pemeriksaan ke atas semua stoking diimport dari China dijangka selesai hari ini,” katanya.

Ismail meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan dan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas individu atau NGO atau pertubuhan melakukan tindakan menyalahi undang-undang. FMT



Stoking kalimah Allah ditemui di kilang Batu Pahat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan



Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies



Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker