Stoking kalimah Allah: Tunku Ismail gesa tindakan tegas

Stoking kalimah Allah: Tunku Ismail gesa tindakan tegas

Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dalam isu stoking kalimah Allah dan memastikan ia tidak berulang.

Tunku Mahkota Johor berkata, kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam.



“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu-gugat keharmonian negara,” katanya di Facebook rasminya.

Kontroversi itu tercetus Rabu lalu apabila rangkaian kedai serbaneka KK Mart di Bandar Sunway dikesan menjual stoking tertera kalimah Allah.

Walaupun Pengasas KK Super Mart, KK Chai, mengemukakan permohonan maaf dan kesal dengan insiden itu Sabtu lalu, isu berkenaan masih hangat diperkatakan.

Antara paling lantang bersuara adalah Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan permohonan maaf sahaja tidak mampu “menutup buku” berhubung kontroversi penjualan stoking itu.



Semalam, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihak KK Super Mart akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

Katanya, tiada kompromi terhadap mana-mana pihak jika menyentuh sensitiviti berkaitan 3R yang merujuk agama, kaum dan institusi raja.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dua kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima 42 laporan.

Katanya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.



Kes juga disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan. FMT

Stoking kalimah Allah: Tunku Ismail gesa tindakan tegas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker