Stoking kalimah Allah, KK Mart melampau, ‘mohon maaf semudah itu sahaja’

Pemuda Umno akan membuat laporan polis berhubung kontroversi penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Super Mart sebelum ini.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, laporan itu akan dibuat hari ini dan dia menggesa pihak lain yang terkesan mengambil langkah sama.

“Buat dulu lepas tu minta maaf. Semudah itu sahaja. Kalau Starbucks kita boleh boikot sampai tutup, apatah lagi pasaraya ni.

“Hormat ini bukan hanya sekadar minta maaf, tetapi perlu tahu apa nilai dan sensitiviti orang lain. Kita ajar kepada yang kurang ajar,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebooknya.

“Ayuh semua rakyat Malaysia, kita tunjukkan kepada mereka yang kurang ajar ini, bahawa negara ini masih lagi ada orang yang boleh mengajar mereka yang kurang ajar,” tambahnya dalam sebuah klip video.

Rabu lalu, pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Syarikat itu juga berkata pihak mereka sudah memberhentikan penjualan stoking tersebut dan meminta penjelasan lanjut daripada vendor yang membekalkan produk berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan sebelum ini berkata pihaknya tidak membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan kerana tidak menerima sebarang laporan.

KK Mart mohon jangan boikot

Dalam perkembangan sama, pengurusan tertinggi KK Mart hari ini mengulangi rasa kesal dengan insiden berkenaan dan meminta orang ramai tidak memboikot perniagaan mereka.

Pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, KK Chai menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak dijangkakan oleh pihaknya dan tidak pernah berlaku sepanjang tempoh 23 tahun syarikat itu beroperasi.

“Saya harap tiada tindakan boikot terhadap KK Mart dan saya bersedia untuk berjumpa semua pihak bagi menjelaskan perkara ini termasuk Ketua Pemuda Umno yang ada membuat kenyataan boikot sebelum ini.

“Kami tidak lari dan memang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini selain minta maaf secara terbuka kepada masyarat terutama yang beragama Islam.

“Kami tahu betapa marahnya orang ramai terhadap KK Mart selepas insiden ini.. perkara ini bukan disengajakan dan kami akui kesilapan telah berlaku..beri ruang dan peluang untuk kami betulkan segera,” dia dilapor media sebagai berkata dalam sidang media khas di ibu pejabatnya di Menara KK di Bandar Tasik Selatan hari ini.

KK Chai juga memaklumkan bahawa hasil pemeriksaan di semua 800 cawangan KK Mart di seluruh negara, terdapat tiga premis dengan 14 pasang stoking berkenaan dikesan, termasuk cawangan KK Mart Bandar Sunway.

“Selepas disemak dengan pengurus cawangan itu, kami bernasib baik kerana stoking berkenaan tiada yang terjual,” katanya lagi.

KK Chai berkata, produk itu disediakan oleh pembekal menerusi sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka tersebut.

Katanya, pihak mereka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan menghantar surat penerangan menerusi e-mel kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar serta pihak jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam agama Islam berhubung isu berkenaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker