Penoktahan kemiskinan, tafsiran ‘Pakar Formula’ bercanggah dengan Anwar

Seorang Ahli Parlimen PAS mendakwa Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah memberi tafsiran baharu berkaitan “penoktahan” kemiskinan di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Rafizi dilaporkan berkata pembasmian kemiskinan tegar bukanlah bermaksud kemiskinan ‘dihapuskan sepenuhnya’ di negara ini.

“Kenyataan Menteri Ekonomi ini merupakan suatu tafsiran baharu tentang pengertian ‘Noktah’, dan kelihatan sedikit menyimpang daripada sasaran asal Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) untuk Malaysia menjadi negara pertama yang berjaya menoktahkan miskin tegar, sebelum hujung 2023,” kata Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman.



Rafizi pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat turut berkata bagi kerajaan “penoktahan” kemiskinan bermakna mengeluarkan sejumlah keluarga miskin tegar yang dilaporkan setiap tahun daripada keadaan kemiskinan mereka.

“Contohnya untuk 2022, dilaporkan secara rasmi terdapat 18,445 keluarga miskin tegar di seluruh negara,” katanya.

“Maka program kerajaan yang dipantau secara rasmi menunjukkan bahawa 18,445 keluarga itu telah dikeluarkan (daripada keadaan kemiskinan).”

Syahir yang juga penolong setiausaha agung PAS berkata usaha membanteras miskin tegar perlu melibatkan pelbagai pihak bermula dari kerajaan persekutuan sehingga masyarakat setempat.



“Dalam hal ini, rakyat di daerah-daerah termiskin dalam negara, termasuklah pembangkang, pastinya menyambut baik segala program dan bantuan kerajaan untuk mengeluarkan golongan ini daripada kitaran ganas belenggu kemiskinan.

“Diharapkan perjuangan (dan janji) untuk membasmi kemiskinan akan dilipat gandakan pada 2024 supaya Malaysia menjadi sebuah tempat yang kaya menabur berbakti, yang miskin dapat tumpang berteduh,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker