Senaman di bulan Ramadhan

Puasa tidak bermakna kita tidak perlu bersenam.

Senaman di bulan Ramadhan

UMAT Islam yang berpuasa sepanjang Ramadan perlu menahan diri daripada makan dan minum bermula sebelum terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari.

Ia mungkin menjadi bulan yang sibuk kerana inilah masanya kita mengambil peluang untuk memperbanyak ibadah di samping menyelesaikan tugasan hakiki yang lain. Selain itu, pasti ramai yang akan sibuk membuat persiapan menjelang Aidilfitri kelak.



Meskipun memenatkan, kita masih perlu bersenam demi menjaga kesihatan. Menurut pakar nutrisi dari Ontario, Anar Allidina, waktu terbaik untuk bersenam di bulan Ramadan adalah sebelum berbuka puasa.

Sekiranya jadual terlalu sibuk dan tidak sempat bersenam sebelum berbuka, Allidina mencadangkan supaya bersenam sekurang-kurangnya satu jam selepas makan. Hal ini kerana, sekitar satu jam selepas makan, anda sudah menghadam semua makanan dan sudah bertenaga untuk bersenam.

Allidina berkata, masa paling kurang sesuai untuk bersenam adalah pada waktu tengah hari kerana mereka yang berpuasa akan keletihan dan tidak dapat mengisi semula tenaga.

Walau bagaimanapun, jika itu satu-satunya masa lapang, beliau mengesyorkan untuk bersenam selama 20 hingga 30 minit sahaja dan melakukan senaman berintensiti rendah.



Selalunya selepas berbuka, umat Islam akan mula sibuk kerana mahu menjalan ibadah seperti solat teraweh dan sebagainya. Jadi masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman adalah sebelum berbuka puasa.

Senaman yang bersesuaian ketika berpuasa

Pengajar kecergasan badan (fitness instructor) Zehra Allibhai berkata, Ramadan bukan masanya untuk memecah rekod peribadi atau memaksa tubuh melakukan lebih senaman daripada hari biasa. Sebaliknya, anggap bersenam dalam bulan Ramadan untuk kekal konsisten sahaja.

Mereka yang berpuasa digalakkan membuat senaman berfokuskan kekuatan (strength) dan kardio ringan. Sekiranya mahu membuat sebarang senaman berintensiti tinggi, anda digalakkan melakukannya selepas berbuka puasa.



Bagi individu yang tidak biasa bersenam, adalah lebih baik untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih ringan seperti berjalan dan regangan.

Senaman-senaman lain yang digalakkan untuk dilakukan ketika berpuasa ialah:

*Yoga
*Pilates
*Berbasikal

Apa yang penting, jangan terlalu memaksa diri dan buat setakat kemampuan. Sekiranya penat atau lesu, lebih baik anda berehat.



Makanan yang perlu diambil untuk bertenaga ketika Ramadan

Makan makanan yang betul adalah penting pada bulan Ramadan kerana ia membantu memastikan badan mendapat tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

Allidina berkata smoothie adalah cara terbaik untuk mendapatkan banyak nutrien dalam masa yang singkat. Anda boleh memasukkan buah-buahan, sayur-sayuran, biji chia dan mentega kacang ke dalam ramuan smoothie.

Protein berpotensi membantu anda kekal bertenaga dan mengenyangkan buat tempoh yang lama. Pertimbangkan untuk makan daging, telur, kekacang dan lentil ketika bersahur. Untuk kekal terhidrat, Allidina mengesyorkan untuk minum air kelapa selepas bersenam.



Sup juga merupakan makanan yang baik untuk mendapatkan lebih banyak cecair dan dalam masa sama memadatkan pengambilan fiber dari sayur-sayuran dan protein dari daging atau ayam.

Selain itu, beliau juga menasihatkan untuk berbuka puasa dengan beberapa biji kurma dan dua gelas air terlebih dahulu. Hal ini kerana kita mungkin keliru antara rasa lapar dengan dahaga. Sekiranya kita minum beberapa cawan air terlebih dahulu, ia boleh mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan kerana air akan mengisi ruang perut terlebih dahulu dan membuatkan rasa kenyang.

Makan makanan yang tinggi kandungan air adalah cara praktikal untuk memaksimumkan hidrasi. Pertimbangkan untuk memakan buah-buahan yang padat dengan kandungan air seperti tembikai.

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’

Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker