3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing

3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing

JOHOR BAHRU: Tiga pegawai Jabatan Imigresen dan dua orang awam ditahan di sini, semalam selepas disyaki meminta dan menerima rasuah bagi membolehkan penyeludupan masuk warga asing menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka yang ditahan itu membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 35 hingga 46 tahun.



Katanya, penahanan tiga pegawai dan dua orang awam berkenaan dilakukan menerusi kerjasama antara SPRM Johor dengan kerjasama Unit Integriti Jabatan Imigresen Johor.

“Tiga pegawai imigresen yang bertugas di LTAS dan dua orang awam itu ditahan kira-kira jam 5 petang hingga 11 malam semalam secara berasingan di Pejabat SPRM Johor dan di Larkin, Johor Bahru.

“Pasukan integriti Imigresen Johor telah membuat pemeriksaan pematuhan integriti berkala di LTAS dan memeriksa telefon bimbit milik pegawai yang sedang bertugas.

“Mereka telah menjumpai beberapa pesanan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp dalam telefon bimbit pegawai.



“Ia mengandungi penawaran dan penerimaan wang rasuah daripada warga asing yang ingin memasuki Malaysia melalui pegawai-pegawai imigresen berkenaan bagi membantu menerima masuk warga asing tanpa melalui proses dan prosedur yang betul mengikut Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 03 Tahun 2019 dan Akta Imigresn 1956/63,” kata sumber berkenaan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi tadi bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya. BH



3 pegawai Imigresen LTAS ditahan SPRM kerana seludup warga asing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker