Maut tertimbus tanah ketika dulang emas di Lipis
Maut tertimbus tanah ketika dulang emas di Lipis
Seorang remaja maut tertimbus tanah ketika mendulang emas di Kampung Pantos, Sungai Koyan, dekat Lipis semalam.
Dalam kejadian 12 tengah hari Rabu, Budiman Johan, 18, bersama empat rakannya dipercayai mencari emas di ladang sawit dekat pembetung parit di kampung itu.
Ketua Polis Lipis, Azli Mohd Noor berkata, mangsa dan empat rakannya ke lokasi itu kira-kira 3 pagi semalam.
“Ketika mendulang emas, mangsa turut menggali tanah menggunakan tangan. Tanpa disedari, berlaku gelongsoran tanah menyebabkan mangsa tertimbus tanah dan lemas,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, rakan mangsa membantu mengeluarkannya dari timbunan tanah, sebelum dibawa balik ke rumah mangsa di lokasi berhampiran.
Tetapi, katanya, pemeriksaan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sungai Koyan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis, di mana hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan asfiksia disebabkan tanah runtuh. FMT
Maut tertimbus tanah ketika dulang emas di Lipis
Baca Artikel Menarik:
- Cukai Perkhidmatan naik mulai esok, ini yang perlu kita tahu
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Kenapa Wan Saiful dakwa SPRM menghubunginya?
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Pendedahan penipuan dilakukan ejen jenama penapis air (Video)
- Ayat Manzil, rugi kalau tak belajar
- Kantoi banyak kali makan, tapi tak bayar (Video)
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Pembebasan Muhyiddin dibatalkan Mahkamah Rayuan
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- Bot mewah karam ketika tunggu pesanan nasi kandar
- Guru Kimia kantoi ‘main’ bersama pelajar sekolah
- Selangor, Cheng Hoe ‘bercerai’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Johan gosok baju saya – Ozlynn
You must be logged in to post a comment.