Muslim pulun berlatih untuk pertarungan Muay Thai (Video)

Muslim pulun berlatih untuk pertarungan Muay Thai (Video)

Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan, Muslim Ahmad sedang bertungkus lumus menjalani latihan bagi menyertai pertarungan muay thai, Sabtu ini.

Paling mencuri tumpuan, satu video yang dimuat naik di akaun TikTok, muslimahmad_58 menyaksikan pemain berusia 34 tahun itu seakan termuntah ketika hari ketiga berlatih.



Beberapa video di laman berkenaan turut memaparkan kesungguhan tinggi yang ditunjukkan Muslim sepanjang latihan termasuk dia memikul tayar dan berlari.

Manerusi satu video temubual bersama sebuah stesen televisyen yang turut dimuat naik di laman TikTok berkenaan, Muslim menjelaskan bahawa ia kali pertama dia memasuki gelanggang pertarungan muay thai.

Malah, bekas pemain Sri Pahang itu juga menjelaskan bahawa dia belum melupakan sukan bola sepak meskipun menyertai muay thai.

Dalam satu komen balas kepada peminat di TikTok, Muslim memaklumkan setakat ini dia belum memiliki kontrak bersama mana-mana pasukan bola sepak.



Pertarungan antara Muslim dan pencabar dari Perlis, Atingpek di jadual berlangsung di Padang Serai, Kedah.

Muslim menjadi antara pemain yang memiliki nama besar dalam kancah bola sepak tempatan dengan dia pernah menjulang Piala AFF pada 2010 bersama skuad Harimau Malaya. BH

[videopress boVXat0l]

Muslim pulun berlatih untuk pertarungan Muay Thai (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun



Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker