Contohi negara maju perkenal pendidikan rendah seawal 5 tahun

Contohi negara maju perkenal pendidikan rendah seawal 5 tahun

Seorang ahli akademik mencadangkan kerajaan mencontohi negara maju seperti Korea Selatan dan England yang memperkenalkan pendidikan sekolah rendah bermula seawal 5 tahun berbanding 7 tahun kini.

Anuar Ahmad berkata murid di negara itu pada usia berkenaan didedahkan pembelajaran tidak formal dan santai yang memudahkan merangsang penguasaan 3M (membaca, mengira dan menulis).

“Di Korea Selatan, umur 11 tahun tamat sekolah rendah manakala England pula 10 tahun. Ini selari dengan panduan Unesco dan Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) supaya umur 10 tahun adalah had umur maksimum untuk penguasaan 3M.

“Di Malaysia, kanak-kanak umur 12 tahun baru tamat sekolah rendah,” kata pensyarah kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu di Facebook.

Anuar berkata perkembangan itu menunjukkan negara maju fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak dan merasakan sekolah rendah adalah tempat membina asas pembelajaran secara ‘fun learning’ dan ‘exploration’.

Beliau yang juga setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara berkata negara maju juga tidak mengamalkan buku teks, sebaliknya silibus pengajaran diserahkan kepada sekolah dan guru, bergantung kepada murid dan lokaliti.

“Sebab itu gaji guru sekolah rendah di sana sama sahaja dengan sekolah menengah.

“Di Finland, nak jadi guru sekolah rendah mesti ada sarjana pendidikan. Sarjana bidang lain tak akan dipertimbangkan. Punyalah hebat pengiktirafan untuk guru sekolah rendah di negara mereka,” katanya. “Bagaimana dengan kita?.” FMT

Contohi negara maju perkenal pendidikan rendah seawal 5 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker