Beras Madani hampir sama Beras Nasional yang diperkenalkan BN

KUALA LUMPUR: Konsep ‘Beras Malaysia MADANI’ adalah sama seperti penjualan ‘Beras Nasional’ yang pernah diperkenalkan lebih 10 tahun dahulu antara 2008 hingga 2014, kata Pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM) Zon Selatan, Khalil Ahmad.

Ditanya sama ada pengilang dan pengeluar padi akan menerima subsidi tambahan, Khalil berkata, beras termaktub mengikut Akta 522 yang mana harga jualannya dikawal kerajaan, manakala harga beras import bersaing di pasaran terbuka.

Khalil mendakwa, jika beras MADANI dikeluarkan dalam satu gred, ia sepatutnya tidak boleh dijual pada harga RM30/10kg.

“Apabila ada cadangan beras dicampur antara tempatan dan import (untuk beras MADANI), maka Akta 522 tidak lagi terpakai.

“Macam mana beras boleh dijual RM30/10kg kecuali kerajaan berikan subsidi kepada harga asal (RM26) secara berkala dan subsidi tambahan perlu kepada penerima, khususnya pengeluar beras tempatan. Subsidi boleh diberi pada kadar RM4 bagi setiap 10kg,” katanya.

Tukar jenama beras

Khalil menyifatkan, apa yang cuba dilakukan kerajaan pada hari ini adalah penukaran nama daripada Beras Nasional kepada Beras MADANI.

“Kami pemborong khususnya Bumiputera mengalu-alukan program ini supaya dapat meringankan beban rakyat hari ini,” katanya.

Program ini akan memberi pilihan beras murah yang mampu dibeli semua golongan masyarakat.

Khalil berkata beliau turut berpendapat hanya Perdana Menteri atau menteri berkaitan yang wajar mengeluarkan kenyataan mengenai Beras Madani dan bukan sekadar Ahli Parlimen.

Belum ada keputusan kerajaan

Terdahulu hari ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata, kerajaan belum membuat sebarang ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih saja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Rabu lalu, Syed Abu Hussin Hafiz dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkenalkan kategori tunggal bagi beras putih untuk menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Katanya, serentak penetapan itu, kerajaan turut menetapkan harga siling bagi beras putih pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa Isnin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker