Ancaman bunuh Nik Elin, identiti pengugut dikenal pasti

Ancaman bunuh Nik Elin, identiti pengugut dikenal pasti

Polis sudah mengenal pasti identiti pemilik tiga akaun media sosial yang dipercayai mengugut peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata tiga kertas siasatan dibuka berhubung ugutan itu, termasuk satu yang sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan susulan.



“Tahun lalu, Nik Elin buat tiga laporan, kita buka tiga kertas siasatan dengan satu daripadanya sudah selesai dan ada dengan TPR. Dua lagi laporan masih dalam siasatan dan kita akan lengkapkannya dalam masa terdekat untuk serahkan kepada TPR,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini, berkata ada arahan tertentu dikeluarkan TPR untuk tindakan polis, namun belum membabitkan arahan untuk pendakwaan dan belum ada lagi tangkapan dibuat polis.

Sabtu lalu, Nik Elin Zurina memaklumkan menerima beberapa ugutan bunuh susulan tindakan memfailkan petisyen mencabar 18 perkara dalam enakmen berkenaan.

Sehari sebelum itu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah, manakala dua lagi yang dicabar Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman diisytihar sah.



Panel sembilan hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya.

Keputusan berkenaan dicapai melalui penghakiman majoriti 8-1 di mana Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli, membuat keputusan berbeza.

Tengku Maimun berkata, petisyen itu dibenarkan kerana badan perundangan negeri membuat undang-undang yang ia tiada kuasa membuatnya dan tiada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah.

“Kuasa perundangan Persekutuan dan negeri ditentukan Perlembagaan menerusi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang telah menggariskan undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen serta badan perundangan negeri.



“Peruntukan dibuat oleh badan perundangan negeri Kelantan adalah perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan, maka ia tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang berkenaan,” kata Ketua Hakim Negara.

Tenku Maimun berhujah, isu perlu diputuskan Mahkamah Persekutuan, sama ada badan perundangan negeri membuat peruntukan berkenaan mengikut batasan ditentukan Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya, tiada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah di negara ini.

“Sama ada Islam atau mahkamah syariah dipertahankan atau sebaliknya, bukan persoalan di dalam petisyen ini,” katanya menambah dalam kes terbabit, pempetisyen dan mahkamah tidak boleh dikatakan menentang Allah.

“Ia kerana undang-undang dicabar itu bukan yang ditentukan atau ditetapkan oleh Allah, tetapi oleh badan perundangan negeri,” kata Tengku Maimun. BH



Ancaman bunuh Nik Elin, identiti pengugut dikenal pasti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker