Mizz Nina jadi model video muzik

Mizz Nina jadi model video muzik

Tidak lagi aktif dalam aliran muzik perdana membuatkan penampilan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dalam video muzik (MV) baharu suaminya, Essam Muhammad meraih perhatian ramai.

Kata pemilik nama sebenar Shazrina Othman, 44, kemunculannya hanya sebagai model dalam single berjudul No Love yang berkisar situasi getir dilalui masyarakat Palestin di Gaza.



“Alhamdulilah, saya bersyukur menjadi sebahagian daripada penghasilan lagu ini dengan menjadi model,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Biarpun bukan berpadu suara, penampilan bekas penyanyi rap wanita tanah air itu tetap memancing fokus, apatah lagi lagu yang dilancarkan semalam sarat mesej kemanusiaan.

Dalam MV tersebut, Mizz Nina tampil tanpa menunjukkan wajahnya yang dilitupi selendang, namun masih ramai peminat dapat meneka kelibat penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu What You Waiting For itu suatu ketika dahulu.

Menurut Mizz Nina, No Love adalah MV baharu adalah diterbitkan Essam sendiri yang sudah berada dalam platform YouTube sejak semalam.



“Lagu ini mengenai keganasan, penindasan dan penderitaan terhadap insan yang tidak berdosa di seluruh dunia.

“Semoga No Love membawa makna dalam kita, refleksi diri dan terus menaruh harapan,” ujarnya yang bersara dari dunia nyanyian sejak 2014.

Jun tahun lalu, dia berkongsi berita gembira dengan mendedahkan status sebagai isteri kepada Essam yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarikat (AS).

Selepas tiga bulan, mereka diraikan pula dalam majlis resepsi yang turut menghimpunkan saudara-mara serta rakan dari AS, Kanada, United Kingdom dan Indonesia. K Online



Mizz Nina jadi model video muzik

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker