Pasangan YouTuber UK ‘bayar saman’ RM100 dicari

Pasangan YouTuber UK ‘bayar saman’ RM100 dicari

IPOH – Polis sedang mengesan pempengaruh media sosial dari United Kingdom (UK) bagi membantu siasatan kes tular seorang anggota polis trafik menawarkan bayaran saman RM100 kepada pelancong terbabit di lokasi kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, usaha sedang dijalankan bagi mengesan pasangan pelancong itu yang dilaporkan telah pun keluar dari Malaysia.



“Kes ini masih lagi dalam siasatan pihak Bukit Aman bagi mengenal pasti lokasi, masa dan tarikh kejadian. Bagi Perak, kita sedang menunggu arahan lanjut untuk siasatan seterusnya.

“Buat masa sekarang, kita sedang menjejaki pasangan warga asing itu, difahamkan mereka telah berada di luar Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu video di YouTube ‘THREAD the globe’ yang memaparkan pasangan pelancong dari UK dikenali sebagai ‘UK Van Lifers’ disaman anggota polis trafik akibat kesalahan memandu laju.

Difahamkan, pasangan pelancong yang menaiki sebuah van itu ditahan ketika dalam perjalanan ke Ipoh.



Dalam video berkenaan, anggota polis trafik itu memberitahu pasangan tersebut bahawa mereka memandu sekitar 80 kilometer (KM) sejam berbanding had laju yang dibenarkan iaitu 60KM

Susulan itu, pasangan berkenaan bersetuju untuk membayar secara tunai dan menyerahkan wang berjumlah RM100 tanpa diberikan surat saman. K Online

Pasangan YouTuber UK ‘bayar saman’ RM100 dicari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker