Bersatu ambil tindakan undang-undang pada wakil rakyat khianat

Bersatu ambil tindakan undang-undang pada wakil rakyat khianat

Bersatu akan mengambil langkah undang-undang bagi membolehkan sesebuah kerusi itu diiystiharkan kosong jika wakil rakyat mereka berpaling tadah.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi (MPT) parti berkenaan semalam.



Untuk itu, katanya, Bersatu akan meminda perlembagaan parti bagi mengelak berlaku lagi pengkhianatan seperti yang berlaku pada beberapa ahli parlimen mereka baru-baru ini.

“Mesyuarat bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang khianat bagi maksud pengosongan kerusi dan Bersatu bersedia untuk berdepan pilihan raya kecil (PRK).

“Selaras dengan ketegasan itu, MPT juga bersetuju meminda Perkara 10 Perlembagaan Bersatu menghalang insiden sama daripada berulang di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pengumuman itu dibuat empat hari selepas Ahli Parlimen Tanjung Karang Zulkaferi Hanapi mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim selaku perdana menteri.



Dia merupakan ahli parlimen keenam dari Bersatu yang berbuat demikian. Sebelum Zulkaferi, lima lagi wakil rakyat Bersatu-PN yang bertindak lebih awal ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Jumaat lalu Syed Abu Hussin mendakwa ada 10 lagi wakil rakyat PN akan memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan, namun dia tidak menyatakan nama atau kawasan yang terlibat secara khusus.

Dia juga tidak menyatakan secara spesifik bila ahli parlimen terbabit akan membuat pengumuman, namun memberi bayangan ia akan berlaku sebelum Dewan Rakyat mula bersidang 26 Feb ini.

Fasal 10 Perlembagaan Bersatu menyatakan isu pemberhentian dan pemecatan ahli parti. Antara lain ahli yang mahu berhenti hendaklah memaklumkan keinginan mereka kepada setiausaha agung secara bertulis.



Ia juga menyebut peruntukan bagaimana seseorang itu terbatal keahliannya apabila meminta untuk berhenti, mengisytiharkan keluar parti, menyertai parti lain, bertanding sebagai calon bebas, menjadi pencadang atau penyokong dalam mana-mana pilihan raya, dipecat selepas melalui proses tatacara disiplin atau merujuk sesuatu isu parti atau haknya ke mahkamah. Mk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker