ICJ beri keputusan majoriti kepada Palestin, arah Israel cegah penghapusan bangsa
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menyampaikan keputusan majoriti yang mengarahkan Israel untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah penghapusan bangsa (genosid) di Gaza.
Menurut laporan British Broadcasting Channel (BBC), 15 daripada 17 panel ahli di The Hague, Belanda, telah mengundi menyokong perintah bahawa Israel mesti mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah penghapusan bangsa di Gaza dan memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan sedemikian.
Ia juga mengarahkan Israel untuk memastikan pemeliharaan bukti tindakan sedemikian dan memberi akses kepada misi pencarian fakta pada masa akan datang.
Dengan 16 undi berbanding satu, ICJ mengarahkan Israel menghukum pihak yang menghasut kepada penghapusan bangsa di Gaza. Semasa membacakan keputusan interim majoriti, presiden mahkamah Joan Donoghue menyorot kenyataan terbuka seperti Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant yang mengatakan bahawa tenteranya memerangi “human animals” dan berikrar akan “menghapuskan segala-galanya”.
Mahkamah juga mengarahkan Israel mengambil tindakan segera untuk memastikan penyediaan bantuan kemanusiaan di Gaza, dan menggesa Hamas membebaskan tebusan yang diculiknya dari Israel pada 7 Okt tahun lepas.
Israel diperintahkan untuk mengemukakan laporan dalam tempoh sebulan mulai hari ini mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan perintah mahkamah.
Walau bagaimanapun, mahkamah tidak mengeluarkan arahan untuk Israel menghentikan operasi ketenteraannya di Gaza, atau memutuskan bahawa berlaku penghapusan bangsa dalam konflik Gaza.
BBC memetik Donoghue berkata bahawa keputusan mengenai dakwaan penghapusan bangsa akan dibuat kemudian, dan keputusan sementara hari ini tidak menjejaskan keputusan akhir mahkamah mengenai perkara itu. BBC berkata keputusan sedemikian mungkin tidak dibuat dalam beberapa tahun akan datang.
Afrika Selatan telah membawa kes itu terhadap Israel pada 29 Dis tahun lepas, selepas ia melancarkan serangan di Gaza.
Dengan berbuat demikian, Afrika Selatan berhujah bahawa Israel telah melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Penghapusan Bangsa, dan menggesa mahkamah PBB untuk mengambil langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin daripada bahaya selanjutnya.
Israel menafikan dakwaan bahawa ia telah melakukan penghapusan bangsa di Gaza.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah
You must be logged in to post a comment.