SAR mangsa tanah runtuh Cameron Highlands ditangguh
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands ditangguh pada 7 malam ini akibat hujan lebat.
Operasi akan disambung pada 7 pagi esok, menurut Timbalan Pengarah Bomba Md Gezani Md Ghazi.
Operasi SAR itu sepatutnya diteruskan hingga 10 malam dengan kekuatan 84 anggota pelbagai agensi.
“Hujan lebat menyebabkan cuaca buruk dan struktur tanah menjadi tidak selamat dan berisiko,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian petang tadi, lapor Bernama.
“Kita sedang pastikan semua anggota SAR keluar dengan selamat dari kawasan runtuhan.”
Md Gezani juga berkata, pasukan SAR akan berbincang untuk mengatur semula gerak kerja operasi esok.
Selain meluaskan kawasan pencarian, operasi akan memfokus kepada sektor penemuan dua mayat sebelum ini, tambahnya.
Terdahulu, dua daripada lima mangsa yang tertimbus berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari kawasan runtuhan.
Pada kira-kira 2.40 pagi tadi, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas dua rumah pekerja terbabit dengan kejadian tanah runtuh itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin
Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf