Siapa pengaruhi Jemaah Menteri enggan semak keputusan ICJ?
Siapa pengaruhi Jemaah Menteri enggan semak keputusan ICJ?
Keputusan Jemaah Menteri semalam akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah tepat dan betul dari segi moral serta kedaulatan negara.
Penubuhan RCI itu nanti sudah tentu menjadi kunci bagi membuka ‘peti persoalan’ bagaimana kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 bersetuju menarik balik semakan keputusan dibuat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008.
Kerajaan PH membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan pada 11 Jun 2018 tanpa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara dan kesemua pemegang taruh termasuk Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Johor.
Keputusan itu bukan saja dilihat mengejutkan, bahkan menggugat kedaulatan negara khasnya Johor. Apakah justifikasi utama PH enggan meneruskan semakan dibuat ketika itu. Adakah ia bermotifkan politik atau disebabkan alasan lain seperti kos perundangan?
Ketika keputusan dibuat, Peguam Negara waktu itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut diarahkan mengambil cuti tanpa rekod selama 30 hari bermula 14 Mei hingga 14 Jun 2018. Atas sebab keputusan Jemaah Menteri waktu itu, Malaysia kehilangan kedaulatan terhadap Batu Puteh buat selama-lamanya.
Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) memfailkan permohonan semakan semula ke atas keputusan ICJ pada 2008, memutuskan pulau itu milik Singapura. Namun permohonan semakan semula keputusan ICJ itu ditarik balik PH pimpinan Dr Mahathir selepas ia mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada 2018.
Perlu diketahui, parti membentuk kerajaan waktu itu berbeza dengan sekarang. Walaupun PH memerintah, Dr Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU diangkat sebagai Perdana Menteri kerana BERSATU bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH). Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei 2018.
Apa yang penting, anggota RCI bakal dilantik perlu mengamalkan ketelusan dan integriti dalam menjalankan siasatan ke atas keputusan Jemaah Menteri pada 11 Jun 2018 kerana tindakan menarik balik permohonan semakan keputusan ICJ dan Permintaan Tafsiran ke atas keputusan sama adalah tidak teratur dan tidak wajar.
Siasatan perlu menjurus kepada elemen ‘tidak teratur dan tidak wajar’ ini kerana implikasi daripada keputusan Jemaah Menteri waktu itu, Singapura mendapat hak milik terhadap Batu Puteh tanpa boleh dicabar lagi oleh Malaysia. Siasatan juga perlu bebas daripada sentimen politik atau balas dendam politik.
Bahkan, siasatan RCI itu juga menjadi jalan bagi mencari individu atau pemimpin mana perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan hukuman sewajarnya sehingga mendorong Jemaah Menteri membuat keputusan merugikan negara dan menggugat kedaulatan negara. BH
Siapa pengaruhi Jemaah Menteri enggan semak keputusan ICJ?
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah