Gaji penyampai radio swasta cecah RM150,000 sebulan

Gaji penyampai radio swasta cecah RM150,000 sebulan

Dramatis yang pernah berkecimpung dalam dunia penyiaran radio, Datuk Fauziah Nawi mendedahkan pendapatan penyampai radio swasta boleh mencecah RM150,000 sebulan.

Fauziah, 71, bagaimanapun berkata, gaji atau pendapatan mereka yang bekerja dengan radio kerajaan adalah yang paling rendah.



“Ada yang RM150,000 sebulan. Ada juga yang lebih.

“RM5,000 hingga RM40,000 itu biasa untuk sesebuah radio swasta. Radio kerajaan yang paling rendah,” ujarnya dalam ruangan komen Facebook.

Sebagai juruhebah atau penyampai radio, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 – Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, Non Stop Music and Before We Say Goodnite, Radio 3 Ibu Kota – Fascinating Malaysia, dan Radio 1 – Manis-Manis Garam.

Terdahulu, nama penyampai radio Tyzo, 48, menjadi sebutan selepas kontraknya di stesen radio Suria FM ditamatkan secara tiba-tiba.



Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dilapor berjanji mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontroversi pemberhentian kontrak Tyzo di Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Jumaat lalu, Suria FM iaitu stesen radio milik Star Media Group Berhad, mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, ditamatkan.

Sumber memaklumkan, Tyzo bersikap ‘demanding’ termasuk menuntut kenaikan gaji terutama selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 (ABP35) tahun lalu. K Online

Gaji penyampai radio swasta cecah RM150,000 sebulan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario



Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker