Wujud sistem kasta dalam Liga Malaysia?

Wujud sistem kasta dalam Liga Malaysia?

SAUDARA PENGARANG,

MENJADI satu persoalan besar kepada seluruh peminat bola sepak negara, adakah kemungkinan wujud sistem kasta dalam Liga Malaysia?



Sebaik sahaja Bahagian Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan denda terhadap Kelab Johor Darul Takzim (JDT) sebanyak RM120,000 atas tiga kesalahan membakar suar di dalam Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, namun ia sama sekali tidak meninggalkan kesan apabila sekali lagi penyokong kelab itu membakar suar bagi meraikan kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC pada 8 Julai lalu.

Tindakan penyokong kelab itu seolah-olah mencabar FAM dengan memberi kata tersirat yang mereka tidak takut dengan denda dikenakan. Setakat RM40,000 untuk satu kesalahan membakar suar apalah sangat bagi kelab yang mempunyai kemampuan kewangan.

JDT adalah sebuah kelab hebat dan diakui antara terbaik di Asia tetapi sikap buruk penyokongnya yang dilakukan berulang kali oleh menyebabkan mereka terus dibenci peminat bola sepak tempatan.

Bagi saya, FAM perlu bertindak lebih tegas dan berani. Amat menghairankan apabila FAM lambat bertindak setiap kali membabitkan pasukan JDT.



FAM perlu mengenakan tindakan lebih keras seperti pemotongan mata kemenangan sebagai pengajaran kepada Ultras JDT atau perlu bermain di stadium tanpa penyokong di Stadium Sultan Ibrahim.

Kini, peminat bola sepak ternanti-nantikan tindakan selanjutnya daripada FAM selepas pembakaran suar kali ke empat. UTUSAN

CIKGU JAMAL
Kuala Rompin, Pahang

Wujud sistem kasta dalam Liga Malaysia?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal



Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel



Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker