Sebar gambar bogel rakan suspek punca lelaki dibunuh, ditanam

Sebar gambar bogel rakan suspek punca lelaki dibunuh, ditanam

GOMBAK – Rasa tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa merupakan motif kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan ditanam di sebuah kediaman di Sungai Choh, Rawang 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, susulan kejadian itu, polis menahan lapan suspek terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita, berusia antara 19 sehingga 46 tahun.



Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari mulai 24 Disember lalu hingga esok bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan sudah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek yang mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti.

“Lima orang suspek dituduh mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, seorang daripada suspek dituduh dengan dua pertuduhan melupuskan barang bukti dan bunuh.



Noor Ariffin berkata, dua suspek lain dibebaskan dan mereka dijadikan saksi pendakwaan.

“Kesemua suspek akan dituduh di mahkamah Selayang pada hari ini di mana motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa,”ujarnya.

Terdahulu, dilaporkan lapan individu ditahan disyaki terbabit pembunuhan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun yang ditemui ditanam di dalam belukar di belakang rumah salah seorang suspek di Kampung Sungai Choh, Rawang.

Kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara salah seorang suspek dan mangsa yang juga teman lelakinya.



Mayat mangsa kemudiannya ditanam di belakang rumah keluarga itu sebelum isteri kepada salah seorang suspek membuat laporan polis. K Online

Sebar gambar bogel rakan suspek punca lelaki dibunuh, ditanam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium



Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker