Daim disiasat bawah Akta SPRM, Amla

Daim disiasat bawah Akta SPRM, Amla

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Daim Zainuddin bahawa beliau sedang “diburu”, menegaskan pihaknya menyiasat bekas menteri kewangan itu tanpa prejudis, mengikut undang-undang.

“SPRM tidak pernah membangkitkan atau mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi yang menuduh Daim telah pun melakukan sebarang kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Agensi antirasuah itu menjelaskan Daim disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Menurut SPRM, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung Daim pada Februari 2023 berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

“Pada 7 Jun 2023, satu notis bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) telah diserahkan kepada Daim yang mengkehendaki beliau mengisytiharkan segala aset miliknya sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.

“(Beliau) telah memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan telah diberikan lanjutan pada 6 Julai 2023; 10 Ogos 2023; 11 Sept 2023; 11 Okt 2023 dan yang terakhir pada 14 Nov 2023 untuk mengisytiharkan segala aset miliknya,” kata SPRM.



Susulan itu, katanya, notis penyitaan Menara Ilham dikeluarkan pada 18 Dis bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

SPRM menegaskan, berdasarkan prinsip undang-undang “anggapan tidak bersalah”, individu terlibat mempunyai peluang untuk membersihkan namanya sekiranya kes dibicarakan di mahkamah.

Agensi itu turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut dan membenarkan siasatan diteruskan tanpa gangguan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menafikan sebarang motif di sebalik penyitaan bangunan pencakar langit 60 tingkat milik Daim.



Beliau berkata, langkah itu menunjukkan bahawa agensi antirasuah itu akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mahupun kedudukan.

Khamis lepas, Daim membidas Anwar dan SPRM berhubung siasatan tersebut, yang disifatkannya sebagai suatu “pemburuan”.

Daim berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa dilakukannya, dan mendakwa ada “usaha terancang” untuk memburuk-burukkan dirinya. FMT

Daim disiasat bawah Akta SPRM, Amla



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”



Senarai artis bercerai 2023

Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah



Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker